Kalau aku sebut 'spendar berbunga', agak-agaknya korang paham dak?

Sekadar gambar
kiasan-
if I showed an actual photo, I'm afraid you may go blind! :p
Begini kisahnya. Sehelai seluar dalam, lama kelamaan akan longgar getahnya. Maka ia tidak akan lagi rapat mendakap pinggul, menjadi 'pegang segan, lepas tak mahu' gitu...
Ia akan 'berbunga' seperti dalam gambar di atas.
Apabila ini terjadi, maknanya sudah tibanya masa anda bertukar 'spendar'. Tapi part ni la yang paling aku leceh sekali kerana:
Alasan 1
'Spendar' yang mencapai tahap itulah yang paling selesa pakai, tidak mengganggu sensitiviti aku dan tidak juga mengekang kebebasannya
Alasan 2
Berbeza dengan pakaian luaran, kita tak dibenarkan try underwear untuk memastikan ia sesuai atas sebab-sebab hygiene.
Masalahnya, pinggang aku ni 33", saiz perantara- masih dikira medium tapi dah nak masuk large. Kalau beli silap potongan memang sesak le jadinya! Tapi kena pakai gak sebab tak boleh tukar :(
Alasan 3
Sukar mendapati potongan yang sesuai yang aku suka. Kurang berkenan dengan fesyen 'spendar' terkini, sampaikan aku sering tertanya,
"Ini swimming trunk ke 'spendar'?"
Walaubagaimanapun, nak tak nak, dah tiba masanya untuk aku bertukar.
Lebih-lebih lagi hampir semua batch 'spendar' aku yang ada ni dibeli pada waktu yang hampir sama sekitar 2.5 tahun yang lepas...
Haish! Dilema sungguh! Tapi kena cari sebab nak kena pakai gak. Walaupun aku ni ciput aje, I'm unfortunately still susceptible to fabric friction burns :p
Dammit!