Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu menyambung kasih
Apalah ertinya ditemani tangisan atau rintihan
Untuk apa kau kembali lagi?
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan bersamamu
Tidak ku sampai ke puncak sana
Apalah daya bertahan cuma
Di pinggiran yang memilukan
Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan ku sahut namamu, oh sayang
Sewaktu ku kesunyian
Lenyapkanlah kisah pilu…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Sekali lagi aku datang untuk menemani ko, dan seperti biasa aku akan pergi sederas aku datang.
Sedihnya bila aku baca semua cerita baru ko. Mungkin ko cuba memahami tapi akhirnya....
Mungkin banyak cerita ko yang aku sendiri pon tak tau.
Tapi janganlah terlampau bersedih. Kerana masih ada di luar sana yang mahu berkawan dan menjalin kasih dengan ko.
Jangan tutup hati, jangan putus asa. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Mungkin untuk menguji, mungkin untuk beri kesedaran, mungkin untuk mematangkan dan mungkin untuk ko.
Yang penting ketabahan dan kekuatan diri. Jika ko masih sendiri, ingatlah cinta yang AGUNG adalah cinta kepada ALLAH S.W.T dan kepada kekasihNYA MUHAMMAD S.A.W.
Wassallam.
[Agung]
Post a Comment