Friday, November 10, 2006

Tinggal tanda tanya

"Wan Suriati lama dah tak call ye? Apa kabo agaknya?" Mak tiba-tiba bersuara.
Pantas Pak mencelah, "Alah.. selalu pun you yang call dia. Mana penah dia call you tanya-tanya kabo?"
Mak terdiam seketika.
"Ha ah ye," Mak mengiyakan perlahan, "Kalau gitu, nak bagitau ke kita nak gi haji ni?"
"Tak payah le..." jawab Pak.
"Okay lah," keluh Mak.

Simpati dengan Mak. Aku sendiri tahu bagaimana rasanya. Memang kebiasaannya aku dengan kawan-kawan aku, aku yang akan cari diorang, berhubung tanya khabar, berkunjung ke rumah diorang. Tapi diorang tidak begitu. Aku faham lantaran kesibukan dengan tanggungjawab masing-masing menyebabkan masa untuk kawan-kawan menjadi semakin lama semakin kurang hingga akhirnya hilang.

Aku akui, kadang-kadang letih dengan keadaan ini. Apabila terlalu letih, dengan penuh rasa sesal aku mengambil keputusan untuk melepaskan persaudaraan tersebut. Aku harap Allah mengampuni aku kerana memutuskan silaturrahim tetapi aku dah tak mampu meneruskannya kerana yang berusaha hanya aku sendirian...

Sunday, November 05, 2006

Cinta yang ku mimpikan

Dia…

Tempat ku sandar
Angan ku pendamkan

Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tanggaku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan
Cinta yang aku mimpi


Begitulah kenyataan hidup aku buat masa ini. Kemungkinan besar juga buat hari-hari yang mendatang. Ia bukanlah kemahuan fikiran.

Terima kasih Cikgu Raof kerana telah membantu saya untuk belajar memainkan lagu ini pada piano.

Sunday, October 29, 2006

Mimpi yang sempurna

Lama sungguh aku tak update blog ni. Malas? Mungkin… tapi sebenarnya aku tak sanggup hendak mencoretkan pengalaman sepanjang dua bulan yang baru berlalu di tempat yang begitu terbuka kerana ia terlalu peribadi. Meskipun pembaca blog ini boleh dibilang dengan jari pada sebelah tangan sahaja.

Banyak sungguh yang telah aku alami dalam dua bulan tersebut: pahit, manis, sedih, gembira. Semuanya cukup, lengkap untuk dijadikan bahan cerita Prof. A. Razak Mohaideen yang pastinya mencapai kutipan bo-office :P

Yang paling utama telah aku pelajari adalah untuk bersabar mengawal diri, mengabaikan kepentingan diri dalam keadaan dan masa tertentu demi menjaga hati mereka yang lebih penting bagi aku daripada nyawa aku sendiri.

Perkara kedua aku pelajari adalah masih ada yang sudi untuk mengambil berat tentang aku, malah sudi menanggung beban emosional yang acapkali timbul apabila berkawan dengan seorang aku. Masih ada yang sudi untuk menyayangi aku.

Pelajaran ketiga menunjukkan kepadaku bahawa sentiasa akan ada orang yang dengki padaku, walaupun tiada alasan baginya untuk merasa begitu. Aku telah lama lali dengan perkara ini namun apabila mereka melibatkan saudara-saudaraku, aku menjadi begitu pilu. Saudara-saudaraku diperli dan dihina semata-mata kerana sudi berkawan dengan aku. Tapi tiada apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Aku doakan agar saudara-saudaraku dapat terus bersabar menempuh dugaan. Sementara aku, dengan izin Allah, akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kebahagiaan saudara-saudaraku ini dunia akhirat walaupun aku tahu di dunia ini takkan sesempurna mimpi…

Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Pabila ku mula merasa
Bahasa kesunyian

Sadarkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata
Semua dalam keraguan

Aku dan semua
Yang terluka kerana kita

Aku kan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang

Biarlah ku bertanya
Pada bintang-bintang
Tentang erti kita

Dalam mimpi yang sempurna…

Saturday, August 05, 2006

Kursuszzzzz...

Do you have trouble sleeping? Here’s one way you can get a great, refreshing nap.

First, sign up for a course or a seminar or a conference- whichever is available.

Next, choose lectures with topics that you’re least interested in. It is essential that the chosen lecture hall temperature be so cold that one can keep a rack of raw meat preserved for weeks in there.

Finally, to increase the probability of sleep, ensure that the speakers of the chosen lectures are the type who speaks in a monotone, will read every line from their busy lecture slides, is very serious and cracks no jokes.

Happy napping!

Thursday, August 03, 2006

Belasungkawa

Inna liLlahi wa ina ilaihi raaji’uun…

Mendapat berita daripada Budak Baik. Datuknya meninggal dunia awal pagi Selasa yang lepas.

Tuesday, August 01, 2006

Aku sahajakah yang berfikir begitu?

Malam ini kesunyianku telah mencapai batasannya. Kuhulurkan tanganku namun tiada siapa yang menyambutnya.

Kala begini yang selalu membuatkan aku berfikir yang bukan-bukan. Adakah mereka ini ikhlas berkawan denganku? Adakah mereka merasa terpaksa?

Memang setiap orang itu kadangkala hanyut dalam kesibukan mereka sendiri dan aku sepatutnya lebih memahami. Tetapi kenapa mereka masih punya masa untuk orang lain?

Fobia akibat daripada mendapat kawan atas dasar kasihan masih tersemat kuat di dalam diri.

Thursday, July 20, 2006

Terkenang semasa dulu...

Tetiba teringat yang aku penah nangis pada hari pertama sekolah rendah.

Yang peliknya aku nangis time nak balik rumah padahal dari pagi sampai le ke tengahari aku biasa je. Takde beza sangat rasanya dengan tadika cuma semua pun kawan baru dan lagi banyak keja nak kena buat.

Abis je sekolah, aku dengan konfiden melangkah keluar dari pagar sekolah menuju ke bas. Tapi, sampai je kat pintu bas tu, bila tengok tangga buruk tu naik menuju ke dalam bas yang agak gelap aku terus teriak kat situ jugak! Tak ingat dah malu ke apa ke- nangis loktang nih!

Nasib baik le Pak ada pesan kat Cik Mat untuk pi tengok tengokkan aku time abis sekolah. Terus dia angkut aku yang tengah melalak tu balik rumah naik keta.

Yang aku tak tahan tu bila Mak Pak aku dengar citer, diorang dok pakat gelak kat aku. Bukannya nak bagi assurance ke apa ke. Ceh…

Friday, July 14, 2006

That was one tough practical!

I didn’t realize that a simple logo could be so spirit infested.

It took numerous attempts before Cik Easy and I could clear it. In the end we failed to cut the link between logo and spirit source so we only sealed off the logo from further infestations after finally clearing it.

I wonder how long will our seal last…

Tuesday, July 11, 2006

Finding comfort in strangers

Arriving at Swensen’s after finishing work at 9.30pm, I found the whole block of shoplots dark. There had been a blackout since noon.

The staff was hanging out on the walkway in front of the shop and in one of my fits of craziness, I swung my bike into park in front of the shop and joined them.

I greeted them like old buddies when in fact we were strangers to each other but being a regular there made it less awkward and also the fact that I loved this particular group made it especially easy for me.

This group is mostly Kelantanese, students from a nearby private college doing part-time job to earn some cash. All were 19 years of age and studying the same course. They were due to finish in a month’s time so I might not be seeing them anymore after that.

At times I experienced twinges of envy at their easy camaraderie but it was to be expected since these kids have been buddies since high school and they’re also renting the same house.

I don’t know why but watching them interact fulfilled some sort of need in me. So it was that I spent the rest of the night there with them, part of the group but still apart and enjoying every moment of it. Heck, I even got to share some ice cream cones with them because they didn’t want it all to melt and go to waste!

I stayed with them until they closed and shook hands with almost everyone when it was time to go. I wonder if they’ll even remember me later on but I will miss them when they’re gone.

It is most likely that they’ll never even get a chance to read this blog, but I’d like to extend my appreciation to all the staff at Swensen’s especially Adli, Fatah, Aliff, Izzat and Syawal. Also my thanks to the managers, Ady and May, for making it such an enjoyable night.

The smell of mango ice cream will fix this moment in my mind, forever …

Saturday, July 08, 2006

Fly Me To The Moon

Today’s my second piano lesson- classical piano no less. The first baby steps on a journey of 8 years on average.

Ma and Pa, knowing me too well, are very sceptical. I have a history of leaving things halfway: my room décor, my garden, my paintings.

Oh so many chicken shit (as in hangat-hangat taik ayam) to mark my passing.

Thursday, July 06, 2006

Terangilah mata hati...

Aku tidak mahu merasa begini.
Tidak tertanggung rasanya.
Sayang yang tidak dapat dizahirkan.

Dilema sekali lagi.
Haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu?
Namun hatiku tahu akan jawapannya.

Aku tahu ia tidak akan serapat teman sekerjanya.
Aku tahu ia tidak akan semesra keluarganya.
Aku tahu ia tidak akan seakrab sahabatnya.
Aku tahu ia tidak akan seerat kekasihnya.

Aku yang datang di pertengahan.

Mengharap sesuatu yang berterusan.
Hingga ke ‘sana’ jika diizinkan.

Ku terima kurniaan dan ketetapan Allah.
Moga diRedhai dan diRahmati.

“Maafkan, wahai teman.
Ku menumpang di sudut dunia.
Mencari ketenangan.
Sampai masa ku pergi jua.”

Thursday, June 29, 2006

Langit ke Tujuh

Tetiba, aku minat giler ngan lagu nie…

Dulu kau pernah berkata
Andai kata kita bercinta
Akan kau bina mahligai yang terapung di langit ke tujuh
Sememangnya seakan khayalan belaka
Aku tak percaya…

Kata-katamu hanya mimpi
Di siang hari
Kemarau panjang
Berpanas jua berteduh tidak

Hati kecil tak memahami
Mahligai itu ada di syurga
Terangilah mata hati
Agar dapat ku mengerti

Sunday, June 25, 2006

Kompang dipalu...

WJH7743 kongsi kenduri kawin dengan adik laki dia.

“Pakej! Pakej!” Si Adik berseloroh dengan aku.

Masa aku, Capu dan Nuek sampai tadi memang orang tengah sesak sebab yang dijemput ramai. Nasi dengan lauk siap ada tukang ration.

Aku duduk di situ dengan perasaan bercampur-baur. Happy sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Sedih sebab peluang dan masa untuk berjumpa WJH7743 akan lebih terhad. Maklum ler, orang dah berkeluarga.


Mak pak Dia nampak penat tapi gembira dan lega. Aku pun rasa agak lega sebab hanya 2 orang jer yang tanya million dollar question kat aku- bini si Adi dan adik pompuan Dia. Ahaks! Ni kira bagus sebab takut nanti mulut laser aku ni terjawab menda-menda yang tak patut bila dah tak larat nak layan.

Apa-apa pun, I’m happy that He’s happy and the fact still stands that He’ll forever be special to me.

Moga kekal ikatan yang mereka bina hingga ke syurga kelak, insyaAllah… Amiiin!

Friday, June 23, 2006

Brader, anak sedara satu!

Huhu! Aku dapat lagi sorang ‘anak sedara’. Maklum ler, aku anak tunggal jadi aku rajin melantik abang-abang angkat dekat dua tiga orang adanya.

Masuk yang ni dah kira 5 orang dah ‘anak sedara’ aku. Nasib baik sorang 'abang' aku tu dok Kemaman, kalau idak mau koyak wallet aku Raya nanti!

Tahniah ye Abang Apai dan Su! Moga Nurdini membesar sebagai anak yang solehah!

Tuesday, June 20, 2006

Kosong

Untuk 3 hari bekerja yang lepas, aku kembali mengganti tugas di seksyen yang aku benci. Tempat aku bertemu Shah buat pertama kali.

Satu-satunya perkara yang membolehkan aku menggagahkan diri untuk melangkah ke sana adalah Budak Baik.

Esok aku menjalankan tugas seperti biasa tanpa Budak Baik di sisi. Tiba-tiba aku rasakan ketiadaannya itu bagai satu kekosongan yang amat sangat dalam jiwa. Aku rindu sangat pada Budak Baik.

Aku sendiri tidak tahu siapa diri aku ini baginya. Yang aku tahu dia dapat menerima aku dan melayan aku dengan baik sekali. Cuma hakikatnya memang dia baik dengan semua orang.

Aku harap dapat terus bersaudara dengannya…

Sunday, June 04, 2006

Langkawi Alone

I gotta admit, going to Langkawi alone turned out to be quite an interesting experience.

Other than the fact that people either looked at me in varying stages of disbelief or pity when they found out that I was on my own, it was exhilarating and liberating.

I didn’t have much of an agenda. Mostly I just wanted to revisit some of my favourite natural sites and try out some dining experience.


Waterfalls. Quite some development to the area at Telaga Tujuh and it spoiled the atmosphere somewhat. All that was left of Temurun was just a trickle. It was sad to see as the place was truly enchanting before. For some reason, I never quite took to Durian Perangin so I have not much to say.

Here’s the scene from my dining table at Coco Beach Restaurant. They serve Chinese food here. Not quite up to standard but the overall experience gets an ‘A’ from me.


Finally got to do some island hopping! From Awana Porto Malai to Dayang Bunting, then on to Lang Tengah for some eagle sightings and finally an hour at Beras Basah. The lake at Dayang Bunting seems slightly polluted to me which is a shame. And no more corals at Beras Basah. They were all wiped out during the tsunami.


Tried out the cuisine at Red Tomato Café at Pantai Chenang. Finding a parking space is murder here even for my rented Kancil. Another ‘A’ for dining experience.


But nothing beats the atmosphere of dining at Laman Padi. There are many dishes to choose from at quite reasonable prices.

There is more to my trip than what I’ve chosen to show you but despite all the pictures I may put up, the whole thing is in truth indescribable.

Wednesday, May 31, 2006

Sepi suatu bulan Jun...

Bulan Jun yang penuh kesepian.

Esok Budak Baik akan meraikan hari lahir kekasihnya. Tulat WJH7743 akan bernikah dengan suri pilihan orang tuanya.

Petang semalam aku mohon untuk berjumpa dengan WJH7743. Rezki aku ada maka dia pun bersetuju. Mungkin ini kali terakhir aku dapat lepak berdua dengannya begini.

Malam semalam aku mohon untuk bersembang dengan Budak Baik. Sekali lagi rezki aku murah maka dia dapat melayan aku berbicara. Mungkin dia dapat mengisi kekosongan tempat WJH7743 dalam hidup aku.

Aku sering terasa guilty sebab menggunakan mereka berdua ini sebagai emotional crutches aku. Sebab hati mereka milik insan lain.

Namun pilihan aku terhad. So far, hanya mereka berdua yang sudi melayan aku seadanya tanpa banyak soal.

Lusa aku akan bertolak ke Langkawi menaiki keretapi malam. Sendirian. Didi dan Abang Li terikat dengan kerja. Mungkin mereka menyusul, mungkin tidak.

Bulan Jun yang penuh kesepian…

Thursday, May 18, 2006

Siapakah wanita itu?

Nita jeles ngan aku.

Spot check yang dibuatnya pada handset Cik Easy mendedahkan suatu sms yang amat mencurigakan. Dalam fikirannya ligat memikirkan siapa yang telah tersangkut dek ketampanan lakinya itu (uwekks!) dan pantas memanggilnya ‘ayang’.

Aku feeling womanz sebentar.

Aku gelak sorang guling-guling. Aku caras Nita. Takkan le ngan aku pun nak jeles kot? Rupanya Cik Easy yang pelik itulah punya angkara. Sapa suruh ko simpan number aku pakai nama blog aku? Berapa kerat je le audien aku kat sini yang kenal nama tu.

Biar Cik Easy merasa untuk sehari- ‘tamparan wanita’. Muahahaha!

Sunday, May 14, 2006

Telempathy

Rasa rindu sangat ngan Budak Baik sejak ‘asar tadi. Teringin nak hantar sms kat dia tapi rasa macam tergedik lak. Alih-alih dekat ‘isya camtu dia yang sms aku, nak ajak kuar lepak.

Biasanya kalau aku tetiba rindu sangat kat seseorang tu memang tanda orang tu pun tengah ingat sangat kat aku gak. Baik Abang Imam, baik Apai, baik Sham. Ia sentiasa tepat, walau betapa aku meraguinya masa zaman aku muda-muda dulu.

Nampaknya kebolehan aku yang ni masih berfungsi, cuma aku je yang dah lose faith akibat peristiwa antara aku ngan Shah. Biarkan le…

Masa untuk bina kembali keyakinan aku.

Saturday, May 13, 2006

Cerita Malam Ahad

Luar jangkaan. Shook penuh malam ni sempena Mother’s Day. Hampa sekali.

Receptionist di JW Marriot mencadangkan Café di Tingkat 6, tapi…

Beef stroganoff = daging masak kicap
Chicken cacciatore = ayam masak merah tak letak gula

Gini ke standard makanan kat Marriot? Dua kali hampa.

Mujur waiter kami, seorang warga KL dan Pramana dari Bali, melayan kami dengan mesra sekali. Mungkin juga sebab takde orang lain untuk dilayan time tu, ahaks!

Saturday, May 06, 2006

Linger...

Is that the way we stand?
Were you lying all the time?
Was it just a game to you?

But I’m in so deep
You know I’m such a fool for you
You got me wrapped around your finger

Do you have to let it linger?
Do you have to? Do you have to?
Do you have to let it linger…?

Friday, May 05, 2006

Kala Senja

Lalu di lobi hospital Maghrib tadi.

Kelihatan seorang pakar psikiatri berpakat bersama sekumpulan staf sekuriti untuk menangkap seorang pesakit ketika dia sedang dilekakan dengan perbualan oleh seorang lagi doktor.

Drama tersebut berlaku sekelip mata. Memang pesakit tersebut langsung tidak melawan, sekadar menudingkan jari yang menuduh ke arah doktor perempuan yang melayannya bersembang tadi. Dia dibaringkan di atas katil lalu dibius dengan penenang.

Aku hanya mampu memandang sayu ketika dia dibawa pergi. Aku kenal pesakit tersebut. Dia salah seorang daripada kami. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan dan keimanan untuk menjauhkan aku daripada menjadi sebegitu rupa.

Namun cukup aku sedari bahawa antara aku dan dia hanyalah sehalus-halus garis pemisah…

Wednesday, April 26, 2006

Emotional Crutches

You should go out and find someone, Abang Li told me.

I do realize that. The thing is, I know the kind of person I want and I know what I want from that person, but I have yet to come across these people. Therefore, from day to day, I get by on my emotional crutches.

Budak Baik, so willing to advice and support, but doesn’t have a single clue on what’s really going on with me.

Abang Imam who knows but is being tactful by avoiding the subject.

Apai who also knows and understands more than I want him to but can only helplessly look on as I stumble through life.

My internet buddies, Isman and Arif, who are going through their own world of pain.

Abang Li, Didi and Hakim.

Domou arigatou. Thank you ever so much for helping me stand when I should have fallen long ago.

Santai

Entry ini berlaku pada hari Sabtu, 22 April, yang baru lepas. It’s gonna be a long one bagi standard aku. Baca le kalau larat…

Aku yang ajak Abang Li dan Didi keluar hari tu. Mula-mula teman diorang cari buku rujukan landscaping. Sempat gak mengusha sorang dua kat Kinokuniya tu, ubatkan hati. Leka tengok buku sampai Maghrib.

Lepas solat, Abang Li sound aku,
“It’s your event. Where do you want to go?”

Cadang nak belanja diorang makan kat Chakri Palace. Cik Easy yang rekomen. Tapi aku minta pandangan Abang Li sebab aku tau recommendation dia takkan kurang hebatnya.

Kami berlalu dari situ menuju Starhill. Abang Li biasa dengan tempat tu. Aku dengan Didi layak rusa masuk kampung. Tiba di tingkat bawah Starhill, aku jadi rambang mata. Seperti kata Pakcik Astro, “Macam-macam ada…”




Hati terpaut dengan suasana kat Shook. Ada house band sedang menghiburkan para tetamu dengan lounge music. Mohon meja untuk 3 orang kat smoking section pada maitre’d sebab Abang Li layak serombong asap.

Pelayan kami orang baru, budak Sarawak berumur 21 tahun. Pengalaman kerja sekadar sebulan setengah. Kesian gak tengok dia terkial-kial melayan kami yang rajin menanya itu ini. Kena marah lak dengan Kapten dia sebab lembab melayan kami.

Walaupun gitu, entah nape, aku rasa semua ni memperkaya lagi pengalaman malam ni. Aku rasa teruja walaupun hati lemas dibalut rindu yang takkan ada pembebasnya.

Kami memesan makanan layak orang kaya. Appetizer, soup, main course dan dessert, semuanya lengkap. Bahkan apabila Didi memilih lobster sebagai hidangan utama pun aku buat cool aje. Siap cadang kat Didi lagi bahawa lobster yang asyik tergedik-gedik nak melepaskan diri dari tangki tu le yang paling layak dibuat santapan.

Nak kata makanannya sedap amat, membohong le aku, sebab semuanya disediakan mengikut selera orang putih yang agak bland. Tapi pengalaman menjamu selera di situ cukup berbaloi dengan jumlah wang yang terpaksa kami belanjakan (merasalah hidangan lobster Didi sahaja dah mencecah RM250++).

Yang pastinya, andai murah rezeki kami, aku akan mengajak Abang Li dan Didi ke sana lagi.

Sunday, April 23, 2006

Missing you

I still send short messages from time to time. I wish I’d get a reply. Any kind of reply.

How are you?
I’m doing fine today
Right now I’m feeling like shit
Don’t really feel like eating coz there’s no one to accompany me
Let’s meet up this weekend
Miss you so much
Good night, sleep tight


But all I get is silence. Still angry at me? Gave me up for dead? Feel I’m not worth the pain? I wonder if I’ll ever know.

I’m too scared to call in case it’s not answered. I’m also scared to call coz it might be answered.

In case you still read this blog, I just wanna say that you’re the toughest person I’ve ever loved but I’m still gonna love you just the same. And I’m gonna keep going until I can’t go no more…

Sunday, April 16, 2006

Pupus

Sekitar 1.30 pagi tadi, aku dan teman-teman didatangi dua penghibur jalanan sedang kami menikmati hidangan Bubur Johan di Kampung Baru. Lagu Teratai menjadi penyeri suasana sementara kami menghabiskan juadah kami.

Atas permintaan kami, mereka mendendangkan sebuah lagi lagu. Aku tersentak oleh kesesuaian lagu yang mereka pilih dengan kesedihanku pada pagi itu- Pupus nyanyian Dewa 19

Aku tak mengerti … apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah … begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu …
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan … hidupku untukmu,
Telah kurelakan … hatiku padamu
Namun kau masih bisu … diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara …

Baru kusadari …
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku …
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu …
Meski kau tak kan pernah tahu …

Mati ketika hidup

Sejak sebulan yang lalu, sekali lagi aku kelemasan dek arus kehidupanku sendiri.

Segala-galanya kugapai agar aku tidak tenggelam sehingga mengabaikan bahawa mungkin ada yang disakiti atau dicederakan dalam usaha menyelamatkan diriku itu.

Walaubagaimanapun, usahaku sia-sia belaka. Aku kecundang jua akhirnya lalu terus terbenam ke dasar yang kelam tidak kelihatan. ‘Hayat‘ Ri yang ada sekarang ini berakhir di sini.

Ampunkan aku, ya Allah, sekiranya aku lalai dalam ingatanku terhadapmu.
Maafkan aku, wahai teman-teman, sekiranya aku melukaimu.

Aku percaya Dia benar-benar pernah mengingini dan menyayangi diriku. Sedangkan aku masih dan akan terus menyayangi Dia bagaikan saudaraku sendiri. Namun beginilah ketetapan Allah. Aku hanya mampu akur dan berserah.

Semoga kita semua akan diketemukan kembali suatu masa nanti dalam Redha dan RahmatMu ya Allah.

Friday, April 07, 2006

Perlukah untuk menguji...?

Ujian itu pasti datang dalam perhubungan seseorang insan. Jadi perlukah lagi ujian tambahan untuk menduga keikhlasan dan kesabaran seorang kawan?

Aku sangat terkilan. Aku yang asalnya sangat ingin bertemu dengannya kini merasa apprehensive. Aku bimbang, hilang keyakinan.

Mampukah aku bersamanya dalam susah dan senang? Daripada reaksiku semalam, nampaknya memang aku tidak mampu. Sedang dia berpuas hati mendapatkan jawapan, aku merasa kecil hati kerana dia langsung tidak meletak kepercayaan kepadaku.

Aku berkawan dengannya untuk mencari ketenangan sebenarnya agar meredakan gelora di hati.

Tapi kini aku merasa seolah-olah tertekan. Mengapa perlu aku diuji sedemikian rupa? Tidak bolehkah kita membiarkan masa dan keadaan menentukannya?

Sunday, March 26, 2006

Yin Yang

Ii Ko to Same.

Two very new acquaintances with two very different personalities.

Ii Ko is like the sun. Its light makes life bright and cheery. Comfortingly warm, giving me strength.

Same is like snow. Its beauty is stark and glaring. The cold is biting, sapping me of energy.

I would definitely gravitate toward the light but I must mind my distance lest Ii Ko and I both get burnt. Will I ever be able to be taisatsuna hito in Ii Ko’s life?

But should I wait in hope for spring? Thrice I have been disappointed by Same. That tulip bud, that frolicking squirrel, the melting ice- has spring really come?

So many questions without definite answers. Therefore, all I can do is go on living. As long as I do that, I just might be able to change something for the better.

Sunday, March 19, 2006

Ii Ko

Kono hiru wa Ii Ko to boku ni shiriau.

Sasuga
Ii Ko. Ii Ko no namae no imi wa ‘hito ni warai saseru’. Boku wa itsumo warau.

Tanoshii na. Hontou ni
Ii Ko wo totemo daisuki da.

My first attempt at writing about something in Nihon-go. For those who manage to understand the story I am trying to tell, please be so kind as to not laugh and correct my grammar in the comments column, thank you!

Saturday, February 25, 2006

Memujuk diri

Penghapus dosa
Keampunan
Kasih sayang Allah terhadap hambaNya

Setiap cubaan, setiap dugaan, setiap ujian
Yang kita hadapi
Itulah dia sebenarnya

Aku kagum dengan kekuatan Abang Apai
Yang sudi mengundang cabaran hidup
Ketika keadaan terlalu lapang dan senang baginya
Kerana takut Allah telah melupakannya
Kerana takut Allah tidak sayang lagi kepadanya

Aku belum sekuat itu
Masih merintih didepani halangan
Buntu mengaburi segala
Di manakah jalan keluar?

Namun mutiara kurniaan Ustaz
Ku genggam erat
Buat penenang jiwa

Terus berusaha
Abaikan putus asa

Kerana penyelesaian itu pasti ada…

Tuesday, February 21, 2006

PGL the Musical


Yeah, I know this musical has been reviewed to death so many times over that people have lost count. Most are very unfavourable but I feel that that is as it should be. We should no longer say things like

“Oh it’s a really outstanding *** for a Malaysian ***!”
(***please fill in the blanks as appropriate)

Tomare! Stop! It only degrades the colossal effort that these people have put in. The show should be compared to an internationally accepted standard. Sure it will fall very short off the mark but with further input and constant improvement, we can perform shows as good as any West End feature!

Another thing that is sadly lacking in the production is the attention to details. Things like a faulty mike, a wrinkly stitching on a backdrop as well as the props being moved into position too obviously (among other things) can really distract and detract from the enjoyment of watching the play.

But having said all that, I really truly enjoyed the show and so did everybody else. Azean Irdawaty even walked right up to the front to give a standing ovation to the cast at the end.

I raised my hands higher when Sukania Venugopal and Yalal Chin appeared but simply had to stand up when AC Mizal came on stage. Where have you been hiding your talent all this time?! He was really superb and I didn’t expect to be blown away by his performance.

Puteri Gunung Ledang the Musical has been extended to Tuesday, 28 February 2006. If there are any tickets still available, do find the time to watch it!

Friday, February 17, 2006

9 Naga


Tuhanku, ku ingin bercerita
Ku tunduk, ku sujud, ku mulai berdoa…


Begitulah bait-bait lagu intro yang menetapkan mood bagi keseluruhan filem ini.

Ceritanya simple namun cukup mengesankan lantaran kekuatan lakonan, juga sinematografi yang begitu indah beserta sulaman lagu latar yang bijak dan relevan.

Kisah ini mengingatkan aku walau betapa payah hidup ini perlu diteruskan dengan sebaik mungkin.

Selagi ada nafas dalam diri, pintu taubat itu sentiasa luas terbuka.

Wang memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan kita sekarang akan tetapi ia langsung tidak bererti tanpa mereka yang dikasihi.

Monday, February 13, 2006

Andai Hati Itu Cahaya

Andai hati itu cahaya

Kata-kata bagai kaca yang membias

Indah warna yang terlihat

Tidak semestinya hakikat


Andai hati itu cahaya

Tindak-tanduk bagai cermin yang memantul

Seterang kecerahan yang terlihat

Begitulah jua hakikat


Kebelakangan ini, aku terlalu dilekakan jalur-jalur pelangi sehingga mengabaikan betapa malapnya cahaya yang terpantul. Nasihat dua sahabat menyedarkan diri lalu aku mengumpul kekuatan dan berpaling daripada keindahan itu.


Biarkanlah dahulu. Biarkan…


Andai luhur cahaya yang menerangi, aku pasti akan menemuinya lagi. Pasti dapat kembali ke puncanya walau dalam kegelapan ini.

Sunday, February 12, 2006

Iroiro

Apakah kita kan teruskan di dalam arus percintaan?
Perlukah kita untuk berkorban demi pertahankan kebahagiaan?

Dalam persimpangan ini, kumasih terus menanti dalam rasa keharuan.
Di manakah akhirnya?

*****

Didi,

Kyou otanjyoubi wo omedetou gozaimasu!

Saturday, February 04, 2006

Haruskah Kuterus...?

Nikmat itu satu ujian. Allah mahu melihat sama ada kita akan tetap ingatkanNya atau tidak. Sekali lagi pintu harapanku diketuk.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Menjalin persaudaraan itu suatu yang sukar bagi seorang aku lantaran terlalu banyak kenangan pahit yang merantai jiwa.

Aku ini seorang yang mudah menyayangi seseorang, terutamanya jika orang itu menunjukkan bahawa dia juga mengambil berat terhadap diriku. Cuma aku yang kurang pandai menilai sama ada ia benar-benar ikhlas atau sekadar lakonan.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Semua kawan yang mendampingiku kini bukan benar-benar mengambil berat akan diriku. Manakala semua sahabat yang benar-benar mengambil berat tentangku kini tidak mampu untuk mendampingiku.

Akulah kawan yang dicari pada masa mereka susah. Namun aku sering dilupakan pada masa mereka senang. Aku redha dengan keadaan itu kerana pasti ada hikmah aku diketepikan sebegitu.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Aku tak rela dipergunakan lagi kerana sebuah harapan. Aku tak rela terkorban jiwa dan raga lagi disebabkan sebuah harapan. Tapi peluang itu datang begitu jarang sekali.

Apai pernah memberitahu aku yang aku ini terlalu banyak memikirkan sesuatu yang belum pasti sehingga aku mengabaikan nikmat yang ada di hadapan mata.

"Just enjoy the moment…” katanya.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Kali ini pasti akan kusematkan nasihat Apai itu dengan kejap di dalam hati ini agar dapat aku hargai setiap saat nikmat yang Allah pinjamkan padaku sebelum ianya ditarik kembali.
Kanarazu!

Friday, February 03, 2006

Mengapa begini?

Ahaks! Pelik sekali!

Aku merasa agak hiba ketika mahu meninggalkan tugas sebagai pengganti di seksyen yang paling aku benci.

Semuanya disebabkan dua perkara: perkenalanku dengan seorang ‘budak baik’ yang baru memulakan tugas di situ dan perkenalanku dengan sahabat kepada salah seorang pelanggan di seksyen tersebut.

Budak Baik berasal dari Kuala. Matanya yang coklat itu begitu mengingatkan aku kepada Pak Lang yang juga berasal dari tempat yang sama.

Dia bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di mana-mana universiti tempatan. Namun harapan tersebut masih begitu samar baginya disebabkan kebanyakan tawaran menetapkan diploma sebagai syarat utama sedangkan beliau hanya berkelulusan STPM.

Ini tahun kedua dia memohon untuk mendapatkan tempat di menara gading. Aku doakan kejayaannya dan aku juga mendoakan agar iman serta peribadinya akan tetap utuh, malah agar dia sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah sehingga Akhir nanti.

Yang seorang lagi bagaimana? Aku belum berpeluang lagi mengenalinya dengan lebih dekat. Namun apa yang sudah kuketahui mengenai tugasnya cukup membuatkan aku gusar. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengannya?

Pergerakanku begitu terbatas sedangkan dia pasti perlukan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Mungkinkah serasi persaudaraan kami ini? Aku berserah…

Monday, January 23, 2006

Cover duty

“A geisha is not wife…”

Ungkapan tersebut (daripada ‘Memoirs of a Geisha’), walaupun tidak tepat bagi situasi ini, amat membayangkan keadaanku sekarang.

Buat hari-hari yang mendatang, aku akan mengambil alih tugas rakan sekerjaku yang sedang bercuti untuk bersiap-sedia untuk menjadi permaisuri sehari (dan menjadi tunggangan untuk hari-hari berikutnya…oops!).

Hakikatnya, aku amat benci dengan tugas di seksyen tersebut. Walaubagaimanapun, kehadiran dua insan membolehkan aku menerimanya dengan hati yang lebih lapang (mana dia 'lillaahi ta’aala aku'…mana?!).

Adakah mereka ini kawan-kawanku? Bukan! Malah nak dikatakan kenalan pun masih samara-samar lagi. Namun kehadiran dan layanan mereka membuat aku rasa bahagia dengan sendiri (persis orang gila yang tiba-tiba tersengih sendirian- scary kan?).

Ya ArhamarRaahimiin, izinkanlah hambamu ini menjemput sedikit kebahagiaan daripada keluasan rahmatMu itu, amiin!

Si Panda yang ngantuk

Hari ni aku jenjalan ke Suria KLCC.

Tengok movie ‘Memoirs of a Geisha’. Singgah PNB Darby Park jap untuk beli Nu Skin. Jengok-jengok Aquaria KLCC. Gi amik-amik gambar dalam dan sekitar Suria KLCC.

Balik malam. Penat giler tapi mata masih susah nak katup apabila time tido tiba. Ada aje le aktiviti yang nak aku buat dekat-dekat time tu. Entah nape kebelakangan ni aku rasa tak cukup masa, rugi kalau tido.

Akibatnya semenjak dua ni aku kekurangan tido yang amat sangat. Sampai sorang staf kat department lain siap tegur mata panda aku.

Takpe, panda comel kan? Kan?

Friday, January 20, 2006

Work, work, work!

There are too many urgent and important interruptions that must be settled at my new work station.

I find myself once again caught up in a daily work routine until I have no time to plan and improve the conditions of the work station. The Deputy Boss is a tough sell while I am a very poor salesperson. Time and again I fail to sell my ideas of improvement to her.

I think my continuous outpouring of ideas irritated her to a point where she had to sit me down and ask me to think of my priorities. I set out to start by improving the work conditions at the store. To her, it is fine as it is (because the staff has been coping). Instead, she wants me to get away from the store more and look towards building a rapport with the customers.

I am torn. In my opinion, in order to better our services we need to start with ourselves before we can even think of going elsewhere. But she is ‘the boss’.

Dou suru

Sunday, January 15, 2006

Fence

Cik Easy bagitau kat aku cara yang Ustaz cadangkan kat dia untuk 'pagar' rumah barunya.

Time tu aku tengah buat billing untuk customer dengan budak kerani sorang ni. Entah apa le yang bermain-main kat fikiran dia masa kitorang dok hangat bincangkan hal 'nego-menego', pindah-memindah' dan 'pagar-memagar'.

Tapi Cik Easy seperti biasa akan buat modul-modul tambahan sendiri kepada instruction Ustaz yang biasanya very der basic bare bones. Dengar khabar resultnya, alhamduliLlah, boleh tahan tapi masih perlu reenforce.

Yappari boku-tachi no chikara ga mada tsuyoku nai ka na

Monday, January 02, 2006

Run away...

I just needed to get away!

But you do not tell your family that you’re feeling so sick of them at the moment and need some serious alone time. So on New Year ’s Eve, I asked Cik Easy to be my alibi and checked myself in at Sheraton Subang.

What the heck will I be doing there all alone, you may ask. Why, absolutely nothing. Cik Easy did invite me to join him at Geng Jurnal’s New Year bash but I decided not to. I did regret it later because SM was there! I have wanted to meet him so much but I’m sure there’s hikmah in not attending that party.

Anyway, I managed to snap some really awful shots of hanabi (which I wanted to get rid off but couldn’t bear to) at midnight. After that, I only ventured out for breakfast. The rest of the day was spent watching TV in my room and ordering from room service whenever I get hungry, which was less often than I expected.

Ma and Pa found it odd that I’d spend more than a night away from home. They just couldn’t understand why when all I could possibly need is at home while I couldn’t even begin to enlighten them.

I checked out this afternoon still feeling unsatisfied. I have a sinking feeling that I’ll be needing Cik Easy for an alibi again quite soon…